KRK SMK SRI PERHENTIAN mula diperkenalkan pada tahun 2005.Matlamat utama penubuhan KRK adalah untuk mengembalikan semula kecermerlangan SSP. Harapan yang tinggi daripada ibu bapa untuk memastikan anak-anak mereka berjaya menjadikan kami warga pengajar sentiasa melakukan yang terbaik untuk anak-anak didik SMKSP. Tahun 2007 keluaran pertama anak- anak KRK dalam PMR dan keputusan amat membanggakan kami warga SMKSP. Seramai 6 orang murid memperoleh 8A dan syukur alhamdulillah pada tahun 2008 ini jumlah telah meningkat seramai 11 orang. Tahniah kepada Pengetua dan Barisan Pentadbir, guru guru serta murid murid .Semoga Visi SMKSP kearah SMKSP cermerlang 2010 akan menjadi kenyataan… Seiring arus pembangunan dan perkembangan sistem pendidikan global kearah melahirkan modal insan cemerlang , gemilang dan terbilang, maka warga SMK Sri Perhentian berusaha memperkembangkan potensi diri pelajar Kelas Rancangan Khas ( KRK ) dalam semua aspek JERIS dari segi akademik dan kokurikulum. Sehubungan itu, program dan aktiviti yang dirancang diharap dapat membantu pihak sekolah untuk mencapai visi dan misi iaitu melahirkan pelajar yang berkualiti dan seterusnya dapat meningkatkan imej sekolah.
Jawatankuasa Kecemerlangan KRK
Pengerusi : Pn. Hjh Faredah bt Mashhor Naib Pengerusi 1 : Tn. Hj.Abd. Hamid b. Hj Bukhairah Naib Pengerusi 2 : En. Hamdan b. Abu Penyelaras : Pn. Rozita bt Umar Setiausaha : Cik Zaihasra bt Zainal Abidin Ahli Jawatankuasa 1. En. Yusaini bt Kasiron 2. En. Mohd Fikri b. Rusni 3. Pn. Rafidah bt Manap 4. Cik Rohaida bt Ali Affandi 5. Pn. Nani Herlin bt Jamin 6. Pn. Nor Huda bt Abdullah 7. Semua guru tingkatan KRK
No comments:
Post a Comment